Wednesday 21 January 2015

Sistem Tagal-Kg Babagon, Penampang, Sabah

JPS, River Ranger, Persatuan Komuniti dan NGO di Kg Babagon, Penampang, Sabah
Rumah Panjang Kadasan Dusun Kg Babagon
Jambatan Gantung Babagon. Sejarah sebelum perang dunia kedua ada seorang lelaki yang mempunyai ketuat dibadan tinggal di sungai ini. Org kg akan minta kebenaran org berketuat/kusta(babagon)sebelum mengambil ikan disungai tersebut.
Kawasan Tagal
Cetet dan jernih
Air sungai Kg Babagon yang jernih
Tagal (bahasa Dusun) bermaksud Jangan atau Tidak Perlu
Zon Merah = Kawasan yang tidak boleh dituai. Bertujuan untuk konservasi dan juga untuk aktiviti sukan memancing (tangkap & lepas) serta aktiviti mandi bersama ikan.

Zon Kuning = Hanya boleh dituai 2-3 setahun

Zon Hijau = Boleh dituai sepanjang tahun.

Sekiranya ada komuniti yang melanggar undang-undang ini pesalah akan dibawah ke ketua kampung dan akan dikenakan hukuman sogit (berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan semasa penubuhan) iaitu tunai RM300 dan seekor ternakan yang berharga RM200 sekiranya pesalah melawan akan dibawah ke Mahkamah Anak Negeri dengan hukuman yang lebih berat. Jika kesalahan melibatkan racun atau bom pesalah boleh dibawah terus kepada polis.
Masyarakat Kadazan Dusun memasang pancang kayu yang ditirus hujungnya (tonduk) bagi mengelak diceroboh atau dicuri.
Secara dasarnya Tagal merupakan satu sistem perkongsian pintar di antara masyarakat tempatan dengan pihak kerajaan dalam hal perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sungai di Sabah
Pelian
Kelah
Kelah atau Pelian yang mendiami Kg Babagon
Kota Kinabalu Wetland Centre
Rotary Club of Kota Kinabalu-Pusat Kegiatan Alam (KKWC)
JPS, NGO dan Persatuan Rekreasi Penduduk daerah Hulu Kelang, Keramat AU dan Taman Melawati, 

No comments:

Car Rental

Car Rental
www.rayyker.com