Saturday 25 February 2017

Buah Matoa Buah 3 Rasa, Rakyat Malaysia Akan Merasainya Dalam Masa 3 Tahun Lagi

Buah Tiga Rasa

Buah Tiga Rasa-MATOA- Sumber Harian Metro

Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga tahun lagi rakyat Malaysia berpeluang melihat dan merasai sejenis buah unik yang mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, rambutan dan durian.
Ini kerana buah yang dipanggil matoa sudah ditanam di negara ini oleh seorang aktivis alam sekitar bersama rakan kongsinya di sebuah ladang di Kelana Jaya, Selangor dan tanah rizab kerajaan di Taman Melawati, di sini, sejak setahun lalu.
Abdul Shariff Walat berkata, buah matoa asing di Malaysia kerana ia berasal dari Papua New Guinea, tetapi cukup popular di Indonesia.
“Buah ini berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada bahagian kulitnya dan bertukar kepada coklat jika disimpan dalam tempoh lama selepas dipetik.
“Manakala isinya berwarna kuning cair dan rasanya lemak manis gabungan tiga jenis buah-buahan terbabit (laici, rambutan dan durian),” katanya kepada Harian Metro.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 6:46 AM

Wednesday 14 December 2016

Kelebihan Buah 3 Rasa (Buah MATOA)- Sumber Harian Metro

Kelebihan Buah 3 Rasa (Buah MATOA)- Sumber Harian Metro

Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my

Serdang: Sebiji buah, tetapi mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutan.
Itu keunikan buah matoa yang terdapat di Laman Tiba Dua, MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini, semalam.
Buah yang berasal dari Papua New Guinea itu berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada kulitnya manakala isinya berwarna kuning cair apabila masak.
Buah itu juga asing di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis serta kandungan 11 khasiat yang baik untuk kesihatan.
Kelebihan itu mendorong petani, Sarip Walat,50, mengusahakan tanaman 30 pokok berkenaan di ladangnya di Taman Melawati, Ulu Klang dalam usaha mengkomersialkan di negara ini.
Sarip berkata, rupa bentuk pokok itu seperti pokok longan dan sudah boleh mengeluarkan hasil selepas tiga tahun ditanam.
“Buahnya lebat pada tangkai juga seperti mata kucing dan harganya tinggi iaitu mencecah RM60 sekilogram.
“Penjagaan pokok ini mudah dan ketinggiannya sehingga 18 meter,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, anak pokok matoa yang berusia dua bulan dijual pada harga RM30.
Menurutnya, tanaman pokok Matoa popular di Indonesia sejak 20 tahun lalu kerana kayu tumbuhan itu digunakan dalam pembuatan jam tangan.





Saya membekal benih anak pokok MATOA berusia 3 bulan keatas.

Bayangkan anda tanam anak pokok sekarang. 3 tahun kemudian anda dapat merasa buah 3 rasa yang unik, berkhasiat dan amat sedap.

Bayangkan harga buah MATOA sekilo boleh mencecah RM60.00 (Premium Quality).

Batang pokok boleh buat perabut dan jam tangan. 

Sila google jam MATOA dan perabut jika tidak percaya.

Pada tahun 2007 buah MATOA menjadi Maskot/buah kebangsaan bagi KOTAMOBAGU, Indonesia dan menjadi buah kebanggaan warga kota tersebut.

Sila hubungi En. Sarip jika anda mempunyai kebun atau ladang untuk menanam pokok ini.


Monday 12 December 2016

Keistimewaan buah tiga rasa

 SARIP menunjukkan anak pokok matoa

Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my

Serdang: Sebiji buah, tetapi mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutan.

Itu keunikan buah matoa yang terdapat di Laman Tiba Dua, MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Buah yang berasal dari Papua New Guinea itu berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada kulitnya manakala isinya berwarna kuning cair apabila masak.

Buah itu juga asing di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis serta kandungan 11 khasiat yang baik untuk kesihatan.

Kelebihan itu mendorong petani, Sarip Walat,50, mengusahakan tanaman 30 pokok berkenaan di ladangnya di Taman Melawati, Ulu Klang dalam usaha mengkomersialkan di negara ini.

Sarip berkata, rupa bentuk pokok itu seperti pokok longan dan sudah boleh mengeluarkan hasil selepas tiga tahun ditanam.

“Buahnya lebat pada tangkai juga seperti mata kucing dan harganya tinggi iaitu mencecah RM60 sekilogram.

“Penjagaan pokok ini mudah dan ketinggiannya sehingga 18 meter,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, anak pokok matoa yang berusia dua bulan dijual pada harga RM30.

Menurutnya, tanaman pokok Matoa popular di Indonesia sejak 20 tahun lalu kerana kayu tumbuhan itu digunakan dalam pembuatan jam tangan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 9:01 AM


Sunday 22 February 2015

Open Classroom Taman Warisan

River Resource Centre-Open Classroom Taman Warisan
River Of Life
Digamit bunyi unggas rimba dan deruan air mengalir
 Kawasan mandi dan berkelah
Mendirikan khemah dan menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama
Padang yang luas bersebelahan kawasan rekreasi. Di belakang adalah Bukit Tabur, Taman Melawati.
Hammock Bamboo Inn
Kawasan perkelahan yang santai dan tenang
Air yang jernih dan sejuk
 Dikunjungi pelancong daripada dalam dan luar negara 
Masa yang berkualiti bersama keluarga

Car Rental

Car Rental
www.rayyker.com