Showing posts with label buah tiga rasa. Show all posts
Showing posts with label buah tiga rasa. Show all posts

Saturday, 25 February 2017

Buah Tiga Rasa

Buah Tiga Rasa-MATOA- Sumber Harian Metro

Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga tahun lagi rakyat Malaysia berpeluang melihat dan merasai sejenis buah unik yang mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, rambutan dan durian.
Ini kerana buah yang dipanggil matoa sudah ditanam di negara ini oleh seorang aktivis alam sekitar bersama rakan kongsinya di sebuah ladang di Kelana Jaya, Selangor dan tanah rizab kerajaan di Taman Melawati, di sini, sejak setahun lalu.
Abdul Shariff Walat berkata, buah matoa asing di Malaysia kerana ia berasal dari Papua New Guinea, tetapi cukup popular di Indonesia.
“Buah ini berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada bahagian kulitnya dan bertukar kepada coklat jika disimpan dalam tempoh lama selepas dipetik.
“Manakala isinya berwarna kuning cair dan rasanya lemak manis gabungan tiga jenis buah-buahan terbabit (laici, rambutan dan durian),” katanya kepada Harian Metro.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 6:46 AM

Monday, 12 December 2016

Keistimewaan buah tiga rasa

 SARIP menunjukkan anak pokok matoa

Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my

Serdang: Sebiji buah, tetapi mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutan.

Itu keunikan buah matoa yang terdapat di Laman Tiba Dua, MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Buah yang berasal dari Papua New Guinea itu berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada kulitnya manakala isinya berwarna kuning cair apabila masak.

Buah itu juga asing di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis serta kandungan 11 khasiat yang baik untuk kesihatan.

Kelebihan itu mendorong petani, Sarip Walat,50, mengusahakan tanaman 30 pokok berkenaan di ladangnya di Taman Melawati, Ulu Klang dalam usaha mengkomersialkan di negara ini.

Sarip berkata, rupa bentuk pokok itu seperti pokok longan dan sudah boleh mengeluarkan hasil selepas tiga tahun ditanam.

“Buahnya lebat pada tangkai juga seperti mata kucing dan harganya tinggi iaitu mencecah RM60 sekilogram.

“Penjagaan pokok ini mudah dan ketinggiannya sehingga 18 meter,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, anak pokok matoa yang berusia dua bulan dijual pada harga RM30.

Menurutnya, tanaman pokok Matoa popular di Indonesia sejak 20 tahun lalu kerana kayu tumbuhan itu digunakan dalam pembuatan jam tangan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 9:01 AM


Car Rental

Car Rental
www.rayyker.com