Keistimewaan buah tiga rasa
SARIP
menunjukkan anak pokok matoa
Nor
‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my
Serdang:
Sebiji buah, tetapi mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian
dan rambutan.
Itu keunikan buah
matoa yang terdapat di Laman Tiba Dua, MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian
Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini, semalam.
Buah yang berasal
dari Papua New Guinea itu berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada kulitnya
manakala isinya berwarna kuning cair apabila masak.
Buah itu juga asing
di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis
serta kandungan 11 khasiat yang baik untuk kesihatan.
Kelebihan itu
mendorong petani, Sarip Walat,50, mengusahakan tanaman 30 pokok berkenaan di
ladangnya di Taman Melawati, Ulu Klang dalam usaha mengkomersialkan di negara
ini.
Sarip berkata, rupa
bentuk pokok itu seperti pokok longan dan sudah boleh mengeluarkan hasil
selepas tiga tahun ditanam.
“Buahnya lebat pada
tangkai juga seperti mata kucing dan harganya tinggi iaitu mencecah RM60
sekilogram.
“Penjagaan pokok ini
mudah dan ketinggiannya sehingga 18 meter,” katanya kepada Harian Metro.
Katanya, anak pokok
matoa yang berusia dua bulan dijual pada harga RM30.
Menurutnya, tanaman
pokok Matoa popular di Indonesia sejak 20 tahun lalu kerana kayu tumbuhan itu
digunakan dalam pembuatan jam tangan.
Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 9:01 AM
No comments:
Post a Comment